Carian
Anker 737 Power Bank Dilancarkan Dengan Kapasiti 24000mAh, 140W Kuasa Pengecasan
August 14, 2022 Amy Maizuraa

Anker 737 Power Bank (PowerCore 24K) telah dilancarkan dengan kapasiti 24,000mAh yang diiklankan mampu mengecas iPhone 13 sehingga 4.9 kali dan Samsung Galaxy S22 sebanyak 4.5 kali. Ia turut dilengkapi dua port USB-C dan satu port USB-A, tetapi tiada kabel yang disertakan dalam pakej jualan.

Ia kemudian boleh dicas semula pada kuasa 140W (berasaskan Power Delivery 3.1) menerusi salah satu post USB-C atau 18W menerusi port USB-A. Dengan jumlah output yang banyak ini, pelbagai peranti boleh dicas serentak termasuklah komputer riba. Tidak ketinggalan, power bank ini juga dilengkapi sistem pemantauan haba yang canggih dan PowerIQ 4.0 untuk kecekapan kuasa maksimum.

Seperkara yang membuatkan powerbank ini tampak menonjol adalah pada skrin berwarna yang terbina padanya. Ia mampu menunjukkan baki bateri pada powerbank, perincian mengenai bateri peranti dan output pengecasan untuk setiap port. Ia bagaimanapun dikatakan menggunakan sekitar 15% daripada bateri powerbank. Justeru, Anker mengesyorkan agar powerbank ini dimatikan apabila tidak digunakan.

Untuk harga, Anker 737 Power Bank dijual pada $149.99 (~RM666) seunit.

Komen