Cari @ Amanz

Disebabkan ramai yang tidak gemar melakukan tugasan rencah, pelbagai syarikat dan organisasi telah mula melihat kepada automasi dan penggunaan robot dalam menggantikan tugasan yang berulang.

Di Jepun, sebuah syarikat robot memasang kelengkapan mereka di lebih 300 kedai runcit, dalam usaha memudahkan susun stok di rak-rak jualan barangan di kedai runcit.

Robot yang dinamakan RX SCARA ini, ditawarkan oleh Telexistence, boleh menyusun botol dan juga air tin, dengan kadar sekitar 1000 unit pada setiap hari.

Salah satu kedai serbaneka terkemuka, iaitu Family Mart turut akan menggunakan teknologi ini pada kedai mereka sebagai ujian rintis.

Dengan kekurangan tenaga kerja manusia, kita mungkin akan terus melihat robot menggantikan secara berperingkat sejumlah tugasan berulang, sekaligus mengurangkan kos operasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd