Cari @ Amanz

China kini menjadi peneraju di dunia dari segi output kajian saintifik, termasuk kajian berimpak tinggi. Ini sekaligus memperlihatkan China mengatasi Amerika Syarikat dari angka output kajian.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Jepun, kini ia didapati China menjadi peneraju di dunia, diikuti oleh Amerika Syarikat, dan pada tempat ketiga adalah Jerman.

Secara purata, China menerbitkan sekitar 407,181 kajian setiap tahun, jauh dihadapan Amerika Syarikat yang menerbitkan sekitar 293,434 jurnal kajian. Ia juga didapati kajian China meliputi 27.2% daripada pada 1% kajian paling banyak dipetik. Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat meliputi 24.9% daripadanya, sementara UK pada kedudukan ketiga dengan 5.5%.

Antara kertas kajian yang menjadi fokus oleh China adalah termasuk sains binaan, kimia, kejuruteraan, dan juga matematik. Dengan perkembangan ini, ia sekaligus memperlihatkan China kini menerajui dunia dari segi kualiti dan juga kuantiti untuk kertas kajian sains.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd