Carian
SSD Samsung 990 Pro M.2 Disahkan Menggunakan Teknologi PCIe 5.0 Dengan Kadar Pembacaan Data Sepantas 13GB/s
August 15, 2022 Nazrin

Selain daripada peranti-peranti dan perkakasan mereka, Samsung juga turut dikenali untuk membangunkan komponen-komponen storan komputer berkualiti tinggi, termasuklah cakera keras dan juga SSD.

Terkini, kumpulan storan SSD PCI-SIG telah mengesahkan bahawa komponen SSD terbaru syarikat tersebut, iaitu Samsung 990 Pro M.2 disahkan akan menggunakan teknologi penghantaran data PCIe 5.0 yang terbaru dengan kadar pembacaan data sepantas 13GB/s.

Maklumat mengenai storan tersebut telah dimasukkan kedalam pengkalan data PCI-SIG baru-baru ini dan Samsung dijangka akan menawarkan storan tersebut dalam sekurang-kurangnya pilihan 1TB dan 2TB.

Buat masa ini, ia dilihat bahawa storan PCIe 5.0 ini disokong oleh platform Intel Alder Lake melalui papan induk Intel Z690 mereka dan tidak lama lagi, AMD melalui platform AMD AM5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen