Cari @ Amanz

Google seringkali dikaitkan dengan masalah pengumpulan maklumat pengguna tanpa pengetahuan mereka, dan ini telah menyebabkan pelbagai kes saman difailkan keatas mereka di serata dunia.

Perkara sama nampaknya telah berlaku di Australia, dimana mahkamah negara tersebut telah mengarahkan syarikat teknologi Amerika Syarikat tersebut untuk membayar saman A$60 juta (~RM210 juta) kerana kekeliruan mengenai aktiviti mengumpul data pengguna.

Saman ini yang difailkan sejak 2019 oleh kerajaan Australia mengatakan bahawa Google dilihat mempunyai beberapa cara berbeza untuk mengumpul maklumat lokasi pengguna negara tersebut. Google sebelum ini membolehkan pengguna untuk menyahaktifkan ciri pengumpulan data lokasi, tetapi apa yang tidak diketahui pengguna ialah data tersebut masih boleh dikumpul dengan cara lain melalui peranti Android mereka.

Salah satu cara ini ialah melalui fungsi pantauan web dan juga aplikasi yang dilihat mengandungi cara untuk mengumpul data yang sama. Australian Competition & Consumer Commission mengatakan bahawa seramai 1.3 juta pengguna peranti Android dari tahun 2017 sehingga 2018 terkesan dengan perkara ini.

Google mengesahkan bahawa perkara ini telah diselesaikan sejak 2018 dengan memudahkan proses menghalang penjejakan data ini, dan juga telah membayar saman yang dikenakan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd