Carian
Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Memulihkan Penglihatan Orang Buta
August 15, 2022 Fahim Zahar

Sejak kebelakangan ini, khinzir banyak dijadikan sebagai haiwan yang paling sesuai untuk menjadi organ alternatif kepada manusia. Sebelum ini kami telah melaporkan yang jantung khinzir berjaya dipindahkan ke manusia, paru-paru rosak dirawat dengan bantuan khinzir dan banyak lagi.

Terkini, Nature Biotechnology telah menerbit kajian oleh Linköping University (LiU) dan LinkoCare Life Sciences AB yang mereka telah berjaya membuktikan kulit khinzir boleh digunakan sebagai pengganti kornea untuk memulihkan penglihatan orang buta. Kajian ini telah berjaya dilakukan ke atas 20 pesakit yang ada masalah pada kornea dan mereka yang tidak dapat melihat selama ini akhirnya boleh.

Dalam kajian ini, mereka mendapati kulit khinzir mempunyai molekul kolagen yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada kornea manusia. Kornea mengandungi banyak kolagen protein di mana kolagen kulit khinzir ini melalui proses penulenan untuk ia selamat digunakan pada mata manusia.

Kulit khinzir yang digunakan juga adalah baki daripada industri makanan. Kolagen ini dijadikan sebagau implan dan pesakit tidak lagi perlu tunggu giliran derma. Kornea yang dihasilkan semula ini juga boleh bertahan lebih lama berbanding kornea yang didermakan, iaitu sehingga dua tahun berbanding dua minggu.

Pesakit yang menerima implan ini perlu menjalani rawatan untuk dua minggu dan perlu kerap menitiskan ubat ke mata hampir setiap masa untuk memastikan implan diterima. Ubat juga perlu diambil untuk setiap masa selama dua tahun tan[a henti. 20 pesakit ini telah memberikan hasil yang efektif dan sebelum ini buta kini dapat melihat. Mereka juga tiada kesan sampingan yang merisaukan.

Kajian ini turut menyatakan ia adalah satu kaedah terbaik untuk merawat penyakit kornea keratokonus. Dengan hasil kajian ini, lebih banyak hospital akan menerima akses implan dan tiada pembedahan besar perlu dilakukan. Malah hanya torehan kecil pada mata dan letakkan kornea kulit khinzir ini tanpa sebarang jahitan, pembedahan telah selesai.

Komen