Cari @ Amanz

Baru-baru ini, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri menggunakan Avatar untuk panggilan video. Ciri yang membolehkan pengguna menjawab panggilan video dengan avatar tersuai masing-masing, dalam masa sama turut boleh bertukar antara wajah sendiri dengan avatar.

Terdapat pula laporan baharu yang menyatakan ciri berkenaan kelak turut boleh digunakan untuk tetapan gambar profil pula. Melaluinya, pengguna boleh menyesuaikan avatar untuk digunakan sebagai gambar profil pada WhatsApp. Perkongsian tangkap layar menerusi laman wabetainfo.com turut mendedahkan serba sedikit butiran bagaimana ia berfungsi.

Melaluinya, pengguna boleh menyesuaikan dan memilih avatar, kemudian memilih warna latar belakang dan menetapkan avatar sebagai gambar profil. Difahamkan, keupayaan ini kelak turut boleh digunakan pada desktop.

Pun begitu, ciri ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh. Mungkin kita akan melihatnya diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd