Cari @ Amanz

AirAsia Food kini memperkenalkan khidmat tempahan makanan antara bandar, membolehkan anda membuat tempahan makanan dari Pulau Pinang, dan menikmati ia di Lembah Klang.

Buat masa ini, ia hanya dihadkan kepada pengguna di Lembah Klang sahaja, dan boleh menikmati makanan dari kedai terpilih di Pulau Pinang. AirAsia Food menjayakan perkara ini disebabkan oleh akses kepada penerbangan udara yang dimiliki AirAsia.

Namun, ia beroperasi dengan perlu ditempah makanan sehari lebih awal. Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan. Buat masa ini, penghantaran hanya dihadkan untuk setiap hari Rabu sahaja.

Dengan penawaran ini, anda boleh mendapatkan makanan dari Pulau Pinang terus di KL, tanpa perlu ke sana. Antara kedai yang menyertai penawaran ini untuk peringkat awal adalah termasuk Nasi Kandar Hameediyah, Mi Goreng Sotong Bang Bangkok Lane, Jeruk Campir Pak Ali, dan beberapa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd