Cari @ Amanz

Enam syarikat telekomunikasi utama negara, kini telah bersetuju untuk mendapatkan pegangan pada Digital Nasional Berhad (DNB). Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Dengan langkah ini, kini semua syarikat sedang dalam perbincangan untuk terma berkaitan berapa perlu bayar untuk akses, dan sebagainya. Tarikh akhir untuk perkara ini ditetapkan sehingga 31 Ogos 2022 kelak.

DNB Digital Nasional

Perkembangan baharu ini memperlihatkan Celcom, Digi, YTL, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia bersetuju untuk pegangan pada DNB.

Mengikut perancangan sebelum ini, syarikat telekomunikasi dijangka mula memperkenalkan rangkaian 5G seawal September 2022, dan perkembangan ini dilihat selari dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd