Syarikat Telekomunikasi Luar Negara Ingin Tawar Khidmat Telekomunikasi 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tengku Zafrul kini berkongsi mengatakan terdapat syarikat telekomunikasi luar negara, yang kini “beratur” untuk mengakses pasaran Malaysia.

Disebabkan oleh model perniagaan berasaskan DNB, maka tiada keperluan modal permulaan yang tinggi. Ini sekaligus membolehkan lebih ramai menawarkan akses, dan bersaing di pasaran Malaysia.

Tengku Zafrul mengatakan ia agak sukar untuk tidak membenarkan penyedia luar untuk memasuki pasaran Malaysia. Kerana ini akan membolehkan harga penawaran kepada pengguna lebih rendah.

Walaubagaimanapun, ia turut ditekankan yang mana penyedia tempatan akan diberikan akses awal ke rangkaian 5G sebelum yang luar.

Perkara ini dikongsikan Tengku Zafrul, selari perkongsian mengatakan enam syarikat telekomunikasi tempatan telah bersetuju untuk mendapatkan pegangan pada DNB.

Sumber : MalayMail

komen


© Amanz / 2022 Kami