Cari @ Amanz

Di zaman awal kapal selam, ia berbentuk seperti sebutir telur sebelum rekaan hibrid kapal permukaan digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Dengan pemahaman mengenai sains semakin meningkat, kapal selam kini mempunyai tubuh seperti curut dengan menara pemerhati di bahagian atas.

Tetapi masih ada inovasi dalam dunia kapal selam. Syarikat Highlands Systems dari UAE ingin kini sedang membina kapal selam Kronos yang mengambil inspirasi dar ikan pari. Kapal selam ini mempunyai tingkap di hadapan membolehkan krew melihat terus ke luar kapal ketika menyelam. Ia turut mampu menempatkan sehingga 10 orang penumpang.

Kronos menggunakan enjin diesel yang kemudiannya menghasilkan kuasa elektrik kepada motor elektrik apabila beroperasi di bawah permukaan laut. Pereka berkata Kronos mampu menyelam sehingga 100 meter dengan kelajuan mencecah 50 km/j. Di atas permukaan laut pula ia boleh mencapai kelajuan 80 km/j. Prototaip sedang dibina di UAE tetapi bilakah ujian akan dimulakan belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd