Microsoft Office Pada iPad Kini Menyokong Ciri Tulisan Tangan “Scribble”

Diterbitkan pada Ogos 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara sebab sehingga hari ini saya suka menggunakan iPad dan berani mendakwa iPad adalah tablet terbaik, disebabkan iPadOS. Sistem operasi yang cukup baik untuk penggunaan multi-tugasan, sokongan aplikasi yang bagus dan paling penting sokongan stilus Apple Pencil yang memuaskan.

Sejak iPadOS 14 diperkenalkan, Apple turut hadir dengan ciri Scribble. Ia adalah satu ciri menulis tangan pada ruangan teks dan mengubahnya menjadi aksara yang ditaip.

Ciri ini masih terhad digunakan pada banyak aplikasi oleh Apple dan diiktiraf oleh Apple. Tetapi secara perlahan sudah semakin banyak aplikasi pihak ketiga menyokongnya untuk penggunaan lebih meluas dan tidak mensia-siakan sebuah iPad dan Apple Pencil.

Terkini, aplikasi Office oleh Microsoft untuk iPadOS telah dikemaskini dengan sokongan Scribble. Pengguna boleh menggunakan Apple Pencil untuk memasukkan teks atau sunting perkataan dengan hanya menulis dengan tangan di Word, PowerPoint atau Excel.

Ciri ini akan hadir dalam aplikasi Office versi 2.64 yang kini boleh diuji melalui Testflight. Versi stabil dijangka akan diedarkan kepada semua dalam masa beberapa minggu akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami