Cari @ Amanz

Pada satu masa dahulu, Nokia ialah nama yang cukup sinonim dengan peranti telefon bimbit pada era 1990an dan awal 2000. Kini, jenama teknologi dari Finland tersebut dilihat digunakan oleh pelbagai syarikat-syarikat lain untuk memasarkan peranti keluaran mereka sendiri.

Begitulah apa yang berlaku kini, dimana Streamview, syarikat yang telah membangunkan siri televisyen Nokia baru-baru ini memfailkan tanda dagang untuk produk aksesori gaming berjenama Nokia. Produk tersebut dinamakan Nokia Game Controller dan dilihat hadir dengan sokongan untuk sambungan nirwayar Bluetooth 5.0 dan akan diumumkan pelancarannya tidak lama lagi.

Dalam pada itu, satu lagi syarikat yang membeli lesen penggunaan nama Nokia, iaitu Offglobal dilihat akan melancarkan sejumlah siri komputer riba pula, termasuklah Nokia PureBook Fold dan Nokia PureBook Lite 15.

PureBook Fold dijangka akan hadir dengan paparn skrin bersaiz 17.3 inci manakala PureBook Lite 15 akan tampil dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci. Buat masa ini spesifikasi khusus mengenai komputer-komputer riba ini tidak diketahui lagi, tetapi sebelum ini, mereka telahpun melancarkan sebuah lagi model komputer riba Nokia PureBook Pro yang hadir dengan CPU Intel Alder Lake.

Penyenaraian komputer-komputer riba ini diperlihatkan untuk menjalani ujian pengesahan sokongan Bluetooth, dan dijangka akan dilancarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd