Kasut Kulit Ini Mempunyai Bahagian Belakang Yang Lembut Untuk Disarung Seperti Selipar

Diterbitkan pada Ogos 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa di sekolah dahulu pemakaian kasut kulit adalah wajib bagi pelajar lelaki. Tetapi kami adalah insan pemalas dan selepas waktu solat kadang kala kasut disarung seperti selipar dengan bahagian belakang berhampiran tumit tidak disarungkan. Kasut dipakai seperti selipar dan akibatnya bahagian ini rosak teruk kerana dipijak saban hari.

Di Jepun mereka menyedari ada pemilik kasut kulit yang inginkan keselesaan. Dengan kasut perlu dibuka apabila memasuki rumah dan restoran misalnya, proses memakai kasut kulit adalah sedikit leceh. Dinamakan Borderless Genuine Leather Shoes, ia ditawarkan oleh firma Texcy Luxe yang merupakan anak syarikat Asics.

Bahagian belakang berhampiran tumit kasut ini diperbuat daripada kulit asli yang lebih lembut berbanding bahagian kulit yang lain. Pemilik boleh menyarung kasut ini seperti selipar untuk keselesaan tanpa perlu risau bahagian belakang rosak atau terkoyak kerana sering dilipat. Di Jepun Borderless Genuine Leather Shoes dijual pada harga 14080 Yen (~RM470) sepasang.

komen


© Amanz / 2022 Kami