Meta Melabur Pada Take App – Syarikat Singapura Memfokuskan Jualan Melalui WhatsApp

Diterbitkan pada Ogos 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di rantau Asia Tenggara ini, terdapat beberapa syarikat yang memfokuskan kepada penawaran jual-beli dan edagang melalui aplikasi permesejan WhatsApp. Salah satunya adalah Take App dari Singapura.

Menariknya mengenai aplikasi ini, kini ia turut menerima suntikan dana pelaburan daripada Meta, iaitu syarikat disebalik Facebook dan juga WhatsApp.

Take App memudahkan seseorang penjual untuk membangunkan laman pengurusan jualan melalui WhatsApp. Buat masa ini, pelbagai restoran menggunakannya, termasuk kedai runcit dan beberapa jenis perniagaan lain.

Take App mengatakan mereka mempunyai sekitar 1000 perniagaan . Meta melabur pada Take App sebagai sebahagian daripada suntikan dana dibawah program Y Combinator.

Selain Take App, di Malaysia terdapat beberapa perkhidmatan yang turut menawarkan khidmat lebih kurang sama, termasuk Yezza, Orderla, Maynuu, dan beberapa yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami