Perodua Dijangka Perkenal Platform Tempahan Pembelian Kereta Pada November 2022

Diterbitkan pada Ogos 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perodua, pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia, kini merancang untuk memperkenalkan platform tempahan digital mereka tersendiri, menjelang November tahun ini. Melaluinya, orang ramai boleh melakukan tempahan kenderaan untuk semua model, dan seterusnya turut meletakkan bayaran pendahuluan tempahan sebanyak RM100.

Pada hari ini, Perodua menyediakan halaman khusus tetapi lebih kepada pendaftaran minat, dan bukannya tempahan terus. Melalui tempahan termasuk bayaran yuran, ia sekaligus membuatkan pembeli yang benar-benar inginkan kenderaan melakukan tempahan.

Menurut Paultan, platform seperti ini kebiasaannya akan menghubungkan pengguna kepada pengedar kenderaan, dan seterusnya memilih model dan melakukan tempahan kenderaan.

Sumber : PaulTan

komen


© Amanz / 2022 Kami