Cari @ Amanz

Bersama-sama model Poco M4 5G, Poco Malaysia turut membawa masuk satu lagi model telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Poco C40.

Untuk makluman, Poco C40 merupakan peranti pada spesifikasi rendah-pertengahan, dan turut hadir dengan cip JLQ Technology, iaitu cip JR510. Cip ini menawarkan binaan lapan teras, dengan kuasa pemprosesan mencapai 2.0Ghz.

Poco C40 hadir dengan skrin 6.71-inci bertakuk kecil, memori dalam pilihan 3GB RAM dan 4GB RAM, storan sehingga 64GB, dan bateri berkapasiti 6000mAh.

Telefon pintar ini mnyertakan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13-megapixel, selain sensor cap jari yang terletak pada bahagian belakang telefon.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM499 untuk model 3GB RAM dan 32GB storan, sementara RM599 untuk model 4GB RAM dan 64GB storan. Namun, untuk pembelian awal 18-24 Ogos 2022 ini, pengguna ditawarkan dengan diskaun untuk kedua-duanya, masing-masing ditawarkan pada harga RM449 dan RM549.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd