Carian
Android 13 Dilancarkan – Boleh Dimuat-Turun Pengguna Google Pixel Bermula Hari Ini
August 16, 2022 Aman

Selepas melalui fasa pembangunan, hari ini Google telah pun melancarkan secara rasminya sistem operasi generasi baharu mereka, Android 13.

Android 13 menawarkan beberapa pembaharuan untuk telefon pintar dan juga tablet. Buat masa ini, kemaskini Android 13 telah boleh dimuat-turun oleh pengguna yang menggunakan Google Pixel 4 dan terkini.

Untuk model telefon lain, pengeluar peranti dijangka memperkenalkannya secara berperingkat – mengikut sokongan dan sebagainya.

Antara ciri baharu yang disertakan pada Android 13 adalah termasuk lebih kawalan dalam kustomasi dan menjadikan telefon lebih peribadi dari segi rekaan antaramuka. Disamping itu, Android 13 membolehkan anda mengawal notifikasi dengan lebih baik, sokongan tablet yang lebih dioptimasikan, akses pantas kepada pengimbas QR, integrasi kawalan pintar untuk peranti berhubung dalam rumah, sokongan audio Bluetooth LE, dan beberapa yang lain.

Bagi yang menggunakan peranti Pixel, boleh ke Settings > System > System update dan pilih Check for update. Sama-sama kita berharap agar pengeluar peranti lain turut menawarkan kemaskini Android 13 dengan pantas kepada pengguna.

Komen