OpenSignal kini telah mengeluarkan data dan laporan terkini berkaitan dengan rangkaian 5G. Melaluinya, ia memperlihatkan Kuala Lumpur mempunyai kelajuan rangkaian 5G antara terbaik di dunia.

Mengikut data berkenaan, Kuala Lumpur mencatatkan kedudukan kedua tertinggi dari segi kadar muat-turun, hanya dibelakang Korea Selatan dengan kadar muat-turun purata sekitar 376.6Mbps dibawah rangkaian 5G.
Dan menariknya, Kuala Lumpur menduduki tangga pertama di dunia dari segi kadar muat-naik 5G, dengan kelajuan 52.8Mbps, sekaligus mengatasi pelbagai bandar-bandar lain di dunia.
Walaubagaimanapun, pihak OpenSignal turut mengingatkan yang mana buat masa ini rangkaian 5G di Kuala Lumpur hanya ditawarkan oleh Yes yang mempunyai angka pengguna rendah berbanding syarikat telekomunikasi lain, dan tidak ramai seperti di negara-negara lain.
Dari segi keterdapatan perkhidmatan 5G, di Kuala Lumpur ia dilihat hanya pada kadar sekitar 10.9% berbanding dengan Korea Selatan yang mencapai 43.4%. Memperlihatkan liputan masih rendah dan tidak menyeluruh lagi.

Buat masa ini, kerajaan menyasarkan pelbagai syarikat telekomunikasi mula menawarkan rangkaian 5G seawal September kelak. Mungkin kita boleh saksikan perkembangan data OpenSignal ini selepas itu, dan sama-sama berharap agar Malaysia kekal di tangga teratas.