Cari @ Amanz

Tahun ini kecerdasan buatan yang menjana latar imej berdasarkan input teks menjadi tular di media sosial. Dall.E oleh OpenAI adalah yang paling dikenali ramai kerana ketepatannya menghasilkan imej secara automatik yang kemudiannya bebas digunakan pengguna bagi tujuan komersial. TikTok hari ini mengumumkan ciri AI Greenscreen dengan ciri yang serupa.

Pengguna boleh menulis teks dan AI Greenscreen kemudian akan menghasilkan satu imej latar belakang secara automatik yang kemudian boleh digunakan dalam video yang dimuat naik ke platform. Untuk mengakses AI Greenscreen, pergi ke tab Effects dan kemudian ke Greenscreen. AI Greenscreen adalah antara penuras di barisan paling atas.

Dalam ujian kami AI Greenscreen tidak menghasilkan imej yang begitu tepat dan kelihatan amat abstrak. Ciri ini juga tidak berfungsi beberapa kali dengan aplikasi mengatakan ia sedang sibuk dan pengguna perlu cuba beberapa kali untuk mendapatkan gambar yang dijana kecerdasan buatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd