Signal Menjadi Mangsa Godam – Nombor Telefon 1900 Pengguna Terjejas

Diterbitkan pada Ogos 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Signal pagi ini mengumumkan mereka telah menjadi mangsa serangan penggodam menerusi perkhidmatan Twilio mereka yang menghantar SMS pengesahan identiti pengguna platform. Serangan dikesan awal bulan ini dan mereka kini percaya nombor telefon 1900 pengguna platform telah dikhuatiri diakses oleh pihak yang melakukan serangan.

Mereka walau bagaimanapun mengatakan senarai kontak, kandungan mesej, maklumat profil dan pelbagai data peribadi lain tidak diakses oleh penggodam. Nombor telefon pengguna yang terjejas mungkin boleh digunakan oleh penggodam untuk mendaftar akaun pada peranti baharu tanpa kebenaran.

Oleh itu Signal mengesyorkan pengguna untuk mengaktifkan ciri Registration Lock yang menghalang akaun didaftarkan ke peranti lain pada waktu. Kerentanan pada sistem Twilio telahpun ditampal

komen


© Amanz / 2022 Kami