Apple Membayar $30.5 Juta Kepada Pekerja Apple Store Kerana Melakukan Pemeriksaan Beg Selepas Waktu Kerja

Diterbitkan pada Ogos 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Demi memastikan tiada produk dicuri oleh pekerja Apple Store, Apple mempunyai polis melakukan pemeriksaan beg selepas waktu kerja. Beberapa tahun yang lalu seorang bekas pekerja melakukan saman kumpul ke atas Apple atas polisi yang dirasakan memalukan dan menghabiskan masa pekerja tanpa ianya dibayar.

Semalam Apple bersetuju menyelesaikan saman kumpul dengan membayar $30.5 juta (~RM138 juta) kepada hampir 15,000 kakitangan dan bekas kakitangan yang terkesan akibat polisi yang berkuatkuasa antara 25 July 2009 hingga 10 Ogoos 2015.

Pampasan adalah bagi masa yang dihabiskan kakitangan selepas waktu kerja untuk menjalani proses pemeriksaan beg. Apple bersetuju menyelesaikan isu ini pada November 2021 tetapi ia hanya dipersetujui oleh hakim semalam.

komen


© Amanz / 2022 Kami