Kiplepay Maklumkan Pengguna Terhadap Potensi Perkhidmatan Digodam, Data Diceroboh

Diterbitkan pada Ogos 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penyedia dompet digital, Kiplepay, kini maklumkan pengguna melalui emel, mengatakan terdapat potensi yang mana perkhidmatan mereka mungkin telah diceroboh oleh pihak ketiga.

Kiple mengatakan mereka ambil maklum yang mana kad Kiple Visa Prepaid Card mungkin telah diceroboh, dan kini siasatan serta kajian forensik sedang dilakukan. Pengguna yang terkesan telah pun mula dihubungi dan dimaklumkan berkaitan perkara ini.

Kiple Visa Prepaid Card telah diperkenalkan pada 2021 lepas, menyasarkan para pelajar untuk menggunakannya dalam gaya hidup nirtunai. Ia tidak dimaklumkan berapa ramai yang terkesan dengan kebocoran data ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Kiplepay, ia merupakan subsidiari Green Packet, termasuk menguasakan dompet digital Selangor Wallet.

Sumber : TheStar

komen


© Amanz / 2022 Kami