Cari @ Amanz

Apakah agaknya situasi peranti pintar di rantau Asia Tenggara. Menurut laporan terkini dari Canalys, ia turut menyusut seperti yang berlaku di China dan Eropah. Pengeluaran telefon pintar di Asia Tenggar menyusut 7% pada Q2 2022 berbanding Q1 2022. Sebanyak 24.5 telefon pintar dihantar ke pasaran SEA dalam tempoh April-Jun 2022.

Walaupun penghantaran peranti menyusut, Samsung masih di hadapan dengan 5.7 juta peranti diikuti pula oleh Oppo (4.4 juta), Xiaomi (4 juta), Vivo (3.2 juta) dan Realme (2.6 juta). Hakikat sebenar ialah BBK Electronics ialah pengeluar telefon terbesar rantau ini dengan 10.2 juta peranti dihantar pada suku yang lalu. Dari paling menarik ialah hanya 18% telefon pintar yang dihantar ke pasaran Asia Tenggara menyokong rangkaian 5G.

Samsung masih lagi gah di tiga pasaran utama Asia Tenggara tetapi Malaysia mereka telah ditewaskan oleh Xiaomi dan di Filipina pula di tangga ke lima. Jelas dominasi peranti dari China semakin jelas di pasaran Asia Tenggara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd