Carian
Amazfit GTS 4 Mini Dilancarkan Di Malaysia Pada RM399
August 16, 2022 Amy Maizuraa

Amazfit GTS 4 Mini kini telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Ia dijual pada RM399 seutas dengan pilihan warna seperti Midnight Black, Flamingo Pink, Mint Blue dan Moonlight White. Bagi yang berminat, ia akan tersedia bermula 20 Ogos 2022 menerusi kedai atas talian rasmi Amazfit di Shopee. Lebih menarik, harga promosi serendah RM379 turut ditawarkan untuk masa terhad. Setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah percuma berupa sehelai t-shirt eksklusif daripada Amazfit.

Amazfit GTS 4 Mini dilengkapi skrin sesentuh AMOLED sebesar 1.65-inci dengan 336 X 384 piksel dana 309 ppi. Ia juga dilengkapi BioTracker 3.0 PPG yang ditambahbaik bertujuan mengukur kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah dengan lebih tepat. Lebih 126 pilihan mod sukan disediakan dan 7 daripadanya melibatkan pergerakan.

Bateri 270mAh yang dimuatkan mampu beroperasi sehingga 15 hari untuk penggunaan biasa dan 8 hari untuk penggunaan berat. Seterusnya, ia boleh meningkat menjadi 45 hari dengan mod penjimatan yang diaktifkan. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi penarafan kalis air 5 ATM yang boleh dibawa berenang.

Komen