Amazfit Band 7 telah dilancarkan secara rasminya sebelum ini di beberapa pasaran dan ia menjadi model kemas kini untuk Amazfit Band 5. Kini, giliran pasaran Malaysia pula menerima kehadirannya yang dijadualkan tersedia pada 25 Ogos ini. Harga jualan turut telah disenaraikan dengan RM189 seutas dan boleh dibeli menerusi kedai atas talian rasmi Shopee.

Amazfit Band 7 menggunakan skrin1.47-inci AMOLED beresolusi 194 X 368 piksel. Seterusnya, ia juga menyokong sehingga 120 mod sukan dengan kebolehan mengesan setiap aktiviti secara automatik untuk kemudahan pengguna. Sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan turut disertakan seperti SpO2, kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, stres harian dan lain-lain.

Ia juga dilengkapi pembantu maya terbina menerusi sokongan Alexa, di samping penarafan kalis air 5ATM terbina. Bateri 232mAh yang digunakan mampu bertahan sehingga 28 hari dengan mod penjimatan. Sementara itu, berkurang kepada 18 hari untuk penggunaan biasa dan 12 hari pula pada penggunaan yang berat.