Apple Mempatenkan Kaca Zirconia Yang Lebih Tahan Lasak Untuk iPhone Dan AppleWatch

Diterbitkan pada Ogos 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi Ceramic Shield digunakan oleh Apple pada iPhone 12 dua tahun lalu bagi memastikan isu skrin mudah pecah tidak akan berlalu lagi. Tetapi sekuat-kuat kaca, ia masih lagi akan pecah jika terjatuh berkali-kali. Maka teknologi kaca yang lebih baik perlu dihasilkan.

Terkini Apple telah mempatenkan pula panel kaca tahan lasak untuk iPhone dan Apple Watch menggunakan bahan zirconia. Zirconia ialah seramik tahan lasak yang digunakan pada barang kemas sebagai pengganti permata. Ia tidak mudah calar dan menjadikannya cukup serasi untuk digunakan pada skrin iPhone dan Apple Watch.

komen


© Amanz / 2022 Kami