Cari @ Amanz

Jika sebelum ini WhatsApp begitu giat memperkenalkan sokongan memadam mesej yang tersalah hantar. Kini, mereka hadir dengan pilihan baharu yang membolehkan pengguna mengembalikan semula mesej yang telah dipadam. Dikenali sebagai Undo Delete Message, ia akan mengembalikan mesej yang dipadamkan secara tidak sengaja.

Memetik tangkap layar yang dikongsi, satu bar kecil dengan perkataan ‘UNDO’ akan muncul pada bahagian bawah apabila terdapatnya cubaan memadam mesej dikesan. Pengguna dikatakan mempunyai beberapa saat untuk mengembalikan mesej berkenaan, namun tiada perkongsian yang spesifik mengenai jangka masa yang diberikan. Ia bagaimanapun hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna beta versi beta Android sahaja setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd