Cari @ Amanz

Nakagin Capsule Tower ialah menari ikonik yang muncul dalam pelbagai siri animasi popular. Ia adalah bangunan pertama yang mempopularkan konsep kapsul. Tetapi menara ini telahpun dirobohkan April lalu kerana ia sudah usang serta keperluan menggunakan ruang tanah lebih baik di Tokyo.

a

Firma senibina Kisho Kurokawa Architect and Associates (KKAA) yang mereka Nakagin Capsule Tower kini menjual hak untuk membinanya semula menggunakan NFT yang ditawarkan di platform OpenSea. Dua NFT kini ditawarkan dengan satu untuk hak membina semula menara di dunia sebenar dan satu lagi untuk membinanya semula secara mana dalam dunia metamesta.

Bangunan sebenar perlu menggunakan pelan asal tanpa sebarang perubahan. Sebuah pelan bangunan dalam format BIM360 Autodesk akan diberikan kepada pembida NFT yang berjaya. Pemilik NFT untuk versi metamesta pula diberikan kebebasan untuk mengubah rekaan mengikut kehendak peribadi. Harga untuk memenangi hak membina semula Nakagin Capsule Tower ini belum diumumkan tetapi mereka yang berminat boleh melakukan bidaan sehingga 31 Ogos ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd