Google Meet adalah antara perkhidmatan telesidang dan panggilan video yang menarik untuk digunakan. Ia hadir dengan banyak ciri dan fungsi yang seronok untuk digunakan seperti kongsi skrin, melakukan pembentangan dan mengubah latar belakang pengguna.
Dalam kemaskini terkini Google, Google Meet kini menawarkan kesan mengubah latar belakang yang lebih baik dan tepat berbanding sebelum ini. Google Meet kini boleh memastikan kesan kabur, pertukaran latar belakang dan kesan visual khas latar belakang yang lebih cantik dan kemas – agar tidak nampak aneh.

Kesan-kesan latar belakang pada Google Meet kini menggunakan pemprosesan di awanan dan bukan pada peranti pengguna untuk memastikan aplikasi berjalan lebih lancar dan tidak menggunakan kuasa CPU yang banyak. Malah, kemaskini ini boleh menjimatkan bateri peranti dan kurang penggunaan kuasa CPU sehingga 30%.
Buat masa ini hanya kesan kabur dan kesan mengubah cahaya diberikan. Ia juga terhad kepada pengguna di PC dan akan datang lebih banyak kesan latar belakang akan diberikan untuk penggunaan dengan prestasi yang lebih lancar.