OnePlus Nord Wired Earphones Dilancarkan Dengan Magnet Dan Mikrofon Terbina

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah sekian lama OnePlus tidak hadir dengan set fon telinga berwayar, kini mereka kembali dengannya di bawah jenama Nord.

Ia adalah OnePlus Nord Wired Earphones dan dilancarkan khusus untuk pasaran Eropah. Set fon telinga berwayar ini menggunakan sambungan bicu audio 3.5mm. Pemacu audio pula adalah jenis dinamik bersaiz 9.2mm dengan 0.42cc rongga audio dan dioptimasikan untuk penggemar bass.

Ia hadir dengan ciri ikonik OnePlus Buds Z iaitu permukaan fon telinga bermagnet untuk wayar tidak berselirat dan ciri menjeda audio yang dimainkan ketika tidak digunakan. Butang kawalan turut disertakan secara terbina bersama mikrofon pada bahagian wayar untuk aras suara, jawab panggilan telefon, kawalan media atau menyeru pembantu digital.

OnePlus Nord Wired Earphones hadir dengan perlindungan IPX4 dan tiga saiz silikon fon telinga. Ia dijual pada harga € 19.99 iaitu sekitar RM91.

komen


© Amanz / 2022 Kami