Elon Musk Ingin Membeli Manchester United

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pagi ini Elon Musk mengumumkan beliau berminat untuk membeli kelab bola sepak Manchester United. Pengumuman dilakukan secara tiba-tiba tanpa diketahui sama ada beliau benar-benar serius ataupun sekadar berseloroh.

Tetapi sebelum ini beliau juga seakan berseloroh apabila menunjukkan keinginan membeli Twitter sebelum secara mengejut berkata akan menarik diri selepas mendakwa platform media sosial tersebut tidak telus mengenai jumlah pengguna bukan manusia. Kedua-dua pihak kini menyaman antara sama sama lain oleh sebab pembelian yang ingin dibatalkan.

Elon Musk

Manchester United ialah kelab yang amat ternama tetapi sudah lama tidak memenangi liga. Mereka memulakan musim 2022/2023 EPL dengan dua kekalahan teruk kepada pasukan lemah membuatkan penyokong mendesak pemilik dari keluarga Glazers untuk menjual kelab bagi mengelakkan kelab terus ketinggalan di belakang kelab lain EPL.

komen


© Amanz / 2022 Kami