Spotify Menawarkan Pelan Percubaan Percuma Selama Tiga Bulan

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selama ini Spotify menawarkan pelan percubaan percuma selama sebulan. Pelanggan boleh menikmati ciri Premium tanpa sebarang bayaran sepanjang 30 hari untuk melihat sama ada ianya berbaloi ataupun tidak. Hari ini mereka mengumumkan pelan percubaan Premium secara percuma kini ditambah sehingga 90 hari bersamaan dengan tiga bulan.

Pelan percubaan Premium percuma ini hanya boleh dinikmati pengguna yang belum pernah melanggan kepada perkhidmatan mereka sebelum ini. Bagi bekas pelanggan Premium yang ingin kembali, Spotify turut menawarkan pelan langganan selama tiga bulan pada harga istimewa $9.99 yang lebih murah. Hanya mereka yang membatalkan langganan sebelum 15 Julai 2022 boleh menikmati pelan ini.

Kesemua pelan promosi yang diumumkan hari ini hanya akan ditawarkan sehingga 1 September 2022. sahaja. Pelan di Malaysia ditawarkan pada harga serentak 75 sen sehari menerusi Spotify Mini dan meningkat ke RM8.50 untuk pelan pelajar, RM15.90 untuk pelan peribadi, RM 21.50 untuk pelan Duo dan RM24.90 untuk pelan keluarga.

komen


© Amanz / 2022 Kami