Cari @ Amanz

Pesawat penumpang supersonic Overture oleh Boom Supersonic masih lagi di peringkat pembangunan. Sungguhpun begitu ia tidak menghalang American Airlines dari melakukan pesanan sehingga 60 pesawat dengan wang pendahuluan untuk 20 pesawat pertama telah dibayar. Ini sekaligus menjadi American Airlines pelanggan terbesar untuk Overture memintas United Airlines yang memesan sehingga 50 pesawat tahun lalu.

Syarikat Boom Supersonic ingin mengembalikan semula pesawat penumpang supersonic (SST) ke awan selepas Concorde menamatkan operasi pada tahun 2003. Di Pameran Udara Farnborough bulan lalu rekaan baharu Overture yang boleh membawa 80 orang penumpang telah diperlihatkan.

Pesawat menyasarkan kelajuan maksimum Mach 1.7 apabila bergerak di kawasan tidak berpenduduk dan Mach 0.94 di kawasan berpenduduk dengan jarak penerbangan sehingga 4,250 batu nautika. Boom Supersonic menyasarkan Overture akan mula dibina pada tahun 2024 dengan ujian penerbangan pertama pada tahun 2026 dan mula membawa penumpang menjelang 2029.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd