Cari @ Amanz

Lenovo ialah jenama komputer yang cukup terkemuka untuk pelbagai pilihan perkomputeran mereka, dan untuk mereka yang mahukan sebuah komputer riba produktiviti yang bukan sahaja berkuasa, tetapi hadir dengan rekaan yang fleksibel, mereka telah mengemaskini siri komputer riba Lenovo Yoga mereka dengan rekaan dan komponen-komponen yang baru.

Model-model yang akan ditawarkan di Malaysia termasuklah Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 7i dan Lenovo Yoga Slim 7i Pro yang dikemaskini bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-12 Alder Lake yang terbaru.

Bermula dengan Lenovo Yoga 9i, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin IPS TrueSight dengan fungsi sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920×1200, 2.8K ataupun 4K dengan kadar segar semula 60Hz dan nilai kecerahan 400nit dengan sokongan untuk teknologi paparan DisplayHDR True Black 500 dan Dolby Vision.

Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Alder Lake dari Intel Core i5-1240P sehingga Intel Core i7-1260P, memori LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan SSD NVMe PCIe 4.0 sebesar 512GB. Selain daripada spesifikasi yang cukup mantap untuk tujuan produktiviti dan riadah harian ini, ia juga tampil dengan pembesar suara daripada Bowers & Wilkins dan hadir dengan sokongan Dolby Atmos terbina.

Dengan bateri bersaiz 74Wh, Lenovo Yoga 9i ini juga hadir dengan ketahanan bateri selama 13 jam dengan satu pengecasan penuh, dan boleh dicas dari kosong ke penuh dalam masa 2 jam 15 minit mengggunakan pengecas USB-C 100W yang tiba bersama-sama dengan komputer riba ini.

Lenovo Yoga 9i ini juga akan hadir dengan ciri-ciri produktiviti tambahan seperti Vibe Check dan Background Blur yang sedikit sebanyak membantu dalam sesi-sesi telesidang di luar pejabat.

Jika anda mahukan sebuah komputer riba produktiviti bersaiz padat tetapi masih dimuatkan dengan skrin yang besar, Lenovo Yoga 7i ataupun Lenovo Yoga Slim 7i Pro mungkin untuk anda. Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan pilihan paparan skrin IPS TrueSight dengan pilihan resolusi 2.2K dan 2.8K yang cukup tinggi sekali.

Model paparan beresolusi 2.8K hadir dengan sokongan ciri-ciri seperti Dolby Vision bersama-sama DisplayHDR 500 dan kadar segar semula 90Hz.

Untuk Lenovo Yoga 7i, komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1235U sehingga Intel Core i7-1260P dengan memori LPDDR5 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB. Lenovo Yoga Slim 7i Pro pula dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-1240P dan Intel Core i5-12500H sehingga Intel Core i7-1260P dan Intel Core i7-12700H dengan memori LPDDR5 sehingga 16GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB.

Untuk model Yoga 7i Pro, komputer riba ini hadir dengan pilihan untuk kad grafik NVIDIA GeForce MX550 bagi model dengan cip pemprosesan siri P, manakala untuk model dengan cip pemprosesan siri H, hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2050.

Komputer-komputer riba Lenovo Yoga 9i, Lenovo Yoga 7i dan Lenovo Yoga Slim 7i Pro kini sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda harga permulaan berikut:

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd