Cari @ Amanz

Oppo Reno8 4G telah dilancarkan secara rasmi sebagai model kemas kini buat siri berkenaan yang diumumkan sebelum ini. Jika dilihat secara menyeluruh, ia mempunyai banyak persamaan dengan Oppo Reno7 4G sebelum ini, termasuklah dari segi reka bentuk dan perkakasan dalaman. Perbezaan ketara yang dibuat hanyalah pada sokongan storan dalaman yang lebih besar mencapai 256GB.

Perkakasan dalaman lain masih dikekalkan menerusi penggunaan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip Snapdragon 680, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SuperVOOC, kamera utama 64MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 32MP. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di skrin, bluetooth 5.1, port USB-C, NFC, menjalankan ColorOS 12.1 dan sebagainya.

Untuk harga, Oppo Reno8 4G dijual pada Rp4,999.000 (~RM1,513) dengan pilihan warna seperti Dawnlight Gold dan Starlight Black. Setakat ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran Indonesia sahaja terlebih dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd