Sony Mungkin Akan Hadir Dengan Pelancar Permainan Untuk PlayStation PC

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony PlayStation nampaknya akan memberi lebih fokus kepada permainan video pada platform komputer tidak lama lagi. Selama ini permainan video Sony untuk PC hanya boleh dibeli melalui Steam atau gedung permainan Epic Games.

Video Games Chronicle baru-baru ini menemui bukti yang Sony mungkin akan hadir dengan pelancar permainan video khusus untuk PC. Bukti ini ditemui melalui fail-fail yang ada dalam permainan video Marvel’s Spider-Man Remastered.

Fail yang ditemui adalah PSNAccountLinked and PSNLinkingEntitlements, yang mana memberi petanda permainan PlayStation PC kelak boleh menggunakan akaun PlayStation Network untuk mungkin mengumpul trofi, melihat aktiviti permainan dan mungkin akan datang membenarkan pemain terus membeli permainan melalui pelancar ini.

Tetapi buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan diperkenalkan. Jika tidak diperkenalkan, kenapa fail-fail ini wujud akan terus menjadi misteri.

komen


© Amanz / 2022 Kami