Cari @ Amanz

Ini mungkin hanya pendapat saya sendiri, tetapi secara peribadi Windows 11 adalah kemaskini Windows paling menarik pernah saya gunakan. Walaupun ia tidak sempurna, tetapi banyak ciri dan fungsi pada sistem operasi ini saya suka dan selesa menggunakannya.

Mereka yang berminat, lesen Windows 11 sudah pun dijual sejak bulan lalu pada harga bermula RM919.

Bulan hadapan, Microsoft akan hadir dengan kemaskini utama yang baharu untuk Windows 11 iaitu versi 22H2. Dalam kemaskini ini, Microsoft akan menawarkan penggunan folder pada menu Start, ciri drag & drop pada Taskbar, mempunyai kawalan gestur baharu serta peralihan animasi baharu.

Windows 11 22H2 turut akan hadir dengan Task Manager baharu dengan sokongan mod gelap, antaramuka baharu, serta mod kecekapan untuk mengehadkan penggunaan kuasa untuk aplikasi ang dijalankan. Ciri Snap Layouts juga akan dikemaskini untuk penggunaan multi-tetingkap yang lebih baik.

Untuk pengguna kuran upaya, ciri Voice Access akan ditawarkan untuk kawalan menggunakan suara serta ciri Live Captions untuk memaparkan trasnkripsi teks untuk video yang dimainkan. Sekitar hujung tahun nanti, File Explorer akan hadir dengan sokongan tabs dan Suggested Actions untuk memudahkan lagi pengguna.

Kemaskini ini dikatakan akan diedarkan bermula 20 September akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd