Cari @ Amanz

Monitor Samsung Odyssey Arc semalam boleh dikategorikan sebagai unik, aneh dan sebelum ini dianggap sebagai idea yang kurang munasabah. Tetapi hari ini monitor Geminos dari Mobile Pixels  akan cuba menentang Arc sebagai monitor komputer paling aneh di pasaran.

Geminos ialah dua monitor komputer 24″ yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. Kedua-dua skrin menyokong resolusi 1080P dengan kadar bingkai 60Hz. Ia dihasilkan bagi mereka yang memerlukan dua monitor yang disusun seperti sebuah bas doubledecker dengan hanya mempunyai satu tapak sahaja bagi menjimatkan ruang meja.

Terdapat input untuk dua HDMI, USB-A, USB-C, pembaca kad SD dan LAN secara terbina. Sepasang speaker stereo dan kamera web 1080P disertakan sekali pada monitor dengan konfigurasi aneh ini. Bagi yang ingin model dengan spesifikasi lebih baik, Geminos X turut ditawarkan dengan skrin 1440P dengan kadar segar semula 75Hz.

Monitor Geminos sedang mengumpul dana menerusi laman Kickstarter dengan Geminos biasa dijual pada harga $499 (~RM2228) dan Geminos X pada harga $649 (~RM2898).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd