Cari @ Amanz

Siri Oppo Reno8 di Malaysia bakal dikemaskini dengan satu lagi model baharu menerusi Oppo Reno8 Z 5G. Pengenalannya kelak akan menyertai Oppo Reno8 dan Reno8 Pro yang diumumkan sekitar Julai lalu. Buat masa ini, maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus masih belum dikongsi. Namun, kita boleh menjangkakan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat.

Oppo Reno8 Z 5G sebelum ini telah dilancarkan di Thailand terlebih dahulu. Sekiranya pasaran Malaysia turut menerima variasi yang sama. Maka telefon pintar ini akan dibekalkan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.43-inci, cip Snapdragon 695, bateri 4,500mAh, sistem pengecasan 33W, kamera utama 64MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd