ASUS Vivobook 15X OLED Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3299

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS Vivobook 15X OLED akhirnya mula ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas ia kali pertama diumumkan pada Mei yang lalu. Komputer riba ini dilengkapi skrin 15.6″ 2.8K OLED 120Hz yang boleh memaparkan 100% warna DCI-P3.

Cip yang ditawarkan adalah sehingga AMD Ryzen 7, memori 8GB DDR4 RAM, storan 512 GB PCIe 3.0 SSD dan bateri sebesar 70Whr yang boleh menawarkan penggunaan sehingga 14 jam dengan sekali caj. Pengecasan dilakukan menggunakan pengecas 90W.

Papan kekunci adalah dari jenis ASUS ErgoSense dengan bahagian sekitar papan kekunci mempunyai permukaan yang boleh menghapus 99% bakteria. Pilihan I/O adalah 1x USB-C 3.2 Gen 1, 2x USB-A 3.2 Gen 1, 1x USB-A 2.0, HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada pada sesentuh dengan sokongan Windows Hello. Akhir sekali skrin boleh dibuka sehingga 180 darjah bagi membolehkan pengguna mencari sudut pandangan terbaik. Di Malaysia ASUS Vivobook 15X OLED dijual pada harga RM3299 untuk model AMD Ryzen 7 5800H dan RM3999 untuk model dengan AMD Ryzen 7 5800H.

komen


© Amanz / 2022 Kami