Cari @ Amanz

Vivo V25 Pro akhirnya dilancarkan secara rasminya di India hari ini. Salah satu ciri unik yang disertakan pada telefon pintar ini adalah panel belakang yang boleh berubah warna. Penggunaan kaca AG padanya membolehkan panel belakang berubah warna mengikut pantulan cahaya.

Untuk spesifikasi, Vivo V25 Pro menggunakan skrin melengkung dari jenis AMOLED sebesar 6.56-inci FHD+ dan berkadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1300, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula berkapasiti 4,830mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Sistem tri-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula 32MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan FunTouchOS 12 berasaskan Android 12, port USB-C, bluetooth 5.2 dan sebagainya. Di India, Vivo V25 Pro dijual pada INR35,999 (~RM2,026) (8GB/128GB) dan INR39,999 (~RM2,250) (12GB/256GB). Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Sailing Blue dan Pure Black.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd