Cari @ Amanz

Selepas berkongsi mengenai penawarannya, tablet Moto Tab G62 akhirnya dilancarkan secara rasminya pada hari ini. Ia dilengkapi skrin 10.6-inci 2K IPS LCD, cip Snapdagon 680, memori 4GB RAM, storan 64GB dan bateri sebesar 7,700 mAh yang menyokong pengecasan 20W.

Kamera utama sebesar 8MP di belakang dan kamera swafoto pula sebesar 5MP disertakan. Turut melengkapi tablet ini adalah bicu audio 3.5mm, port USB-C, bluetooth 5.1 dan kebolehan menambah memori menggunakan kad mikro SD. Untuk harga, tablet ini dijual pada ₹15,999 (~RM900) (Wi-Fi) dan ₹17,999 (~RM1,013) (LTE) dalam warna kelabu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd