Cari @ Amanz

Jika dahulu, syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan pakej yang agak spesifik untuk kegunaan pengguna, tetapi tidaklah begitu menyeluruh. Sebagai contoh, ada pakej internet untuk individu, ada pakej untuk keluarga, pakej untuk perayauan dan ada juga pakej yang dipadankan dengan telefon pintar. Namun, bukankah lebih baik jika pengguna dapat menikmati kesemua penawaran ini dibawah satu langganan sahaja?

U Mobile Melancarkan Pelan U Postpaid Terbaru – Kuota Internet Sehingga 1TB

Pada Mac lalu, U Mobile telah melancarkan pelan U Postpaid 38 yang menawarkan data dengan internet sedia 5G. Kini, terdapat dua lagi jenis pelan yang ditawarkan untuk rangkaian 5G, iaitu U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98. Pelan terbaru yang U Mobile lancarkan ini menawarkan internet berkelajuan tinggi yang sedia 5G sehingga 1TB. Melaluinya anda dapat merasai pengalaman menggunakan rangkaian 5G apabila ia sudah tersedia secara meluas kelak.

Hari ini, sempadan negara sudahpun dibuka dan kita dapat lihat ramai di antara kita telah pergi bercuti selepas hampir dua tahun diperap di rumah. Apabila berada di luar negara, selain pasport, internet juga merupakan antara perkara yang penting untuk percutian kita. Ini kerana, internet yang baik membolehkan kita untuk berkomunikasi yang lebih lancar seperti membuka aplikasi terjemahan bahasa dan navigasi harian di luar negara.

Oleh itu, U Mobile menawarkan data 15GB untuk perayauan global dan juga panggilan masuk secara percuma dibawah kedua-dua pelan ini secara terbina. Data perayauan global secara percuma ini disokong oleh 63 negara di dunia seperti Singapura, Indonesia, Australia, Japan dan banyak lagi. Jadi anda tidak lagi perlu risau untuk membeli data tambahan atau membeli pelan telko di luar negara kerana pelan U Mobile ini menyokong untuk membuat perayauan secara percuma tanpa sebarang caj tambahan.

Pengalaman menggunakan rangkaian 5G ini akan lebih menyeluruh jika anda juga memiliki telefon pintar dengan sokongan 5G. U Mobile ingin memberi anda peluang merasai kelajuan rangkaian 5G ini dengan menawarkan peranti pintar yang menyokong 5G melalui pelan terbaru mereka ini. Jika anda melanggan pelan U Postpaid 68, anda boleh mendapatkan telefon pintar 5G pada potongan harga. Namun jika anda melanggan pelan U Postpaid 98, anda boleh memiliki peranti 5G dengan pilihan sama ada ingin membuat pembayaran peranti ini secara ansuran menerusi program U PayLater atau dapatkan potongan harga melalui U SaveMore dan tiada kadar faedah dikenakan.

Apa yang membezakan pelan U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98 ini adalah dari segi penawaran internet berkelajuan tingginya, cara pemilikan peranti pintar, dan juga sama ada pelan ini menawarkan talian perkongsian keluarga ataupun tidak. Jika anda inginkan penawaran yang lebih menyeluruh dan tiada kompromi, anda boleh memilih pelan U Postpaid 98 dimana anda akan menerima internet berkelajuan tinggi 1TB, data perayauan percuma 15GB, peranti mercu 5G terkini, dan juga boleh berkongsi pelan ini bersama 6 talian keluarga melalui U FamilyShare.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, anda patut melanggan pelan U Postpaid 98 jika pelan internet yang lebih menyeluruh. Ini kerana U Mobile adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan 1000GB (1TB) data internet kepada pengguna menerusi pelan U Postpaid 98. Dibawah pelan ini juga menawarkan panggilan tanpa had, perayauan percuma, nikmati sehingga 6 talian U FamilyShare pada harga RM38/talian dan juga fleksibiliti untuk membuat pembayaran peranti 5G dengan 0% kadar faedah.

U Postpaid 68 pula sesuai untuk anda yang inginkan penawaran dengan nilai terbaik untuk harganya. Dengan hanya RM68 sebulan, anda boleh menikmati 100GB data internet 4G berkelajuan tinggi yang juga sedia untuk 5G. Dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan peranti 5G pada potongan harga menerusi program U SaveMore.

Kini, anda tidak lagi perlu mempertimbangkan sama ada untuk melanggan pelan dengan data internet tanpa had, pelan dengan talian keluarga, pelan dengan peranti pintar atau juga pelan perayauan. Semuanya kini boleh didapatkan dengan hanya satu langganan sahaja tanpa sebarang kompromi daripada pelan pascabayar terbaru U Mobile.

Penafian : Advertorial daripada U Mobile

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd