Xiaomi Mijia AR Glass Berjaya Mengumpul Dana Mencapai Lebih RM6.5 Juta

Diterbitkan pada Ogos 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal Ogos, Xiaomi telah memperkenalkan kaca mata realiti terimbuh mereka tersendiri di bawah jenama Mijia iaitu Mijia AR Glass. Xiaomi belum lagi menjual kaca mata ini kepada umum, sebaliknya mengumpul dana melalui laman biayasama mereka Youpin.

Sehingga hari ini, Xiaomi telah berjaya mengumpul lebih daripada 10 juta Yuan iaitu sekitar RM6.5 juta. Ini bermakna sekitar 4,000 orang telah menyertai biayasama ini untuk menjadikan Mijia AR Glass ini milik mereka.

Mijia AR Glass hadir dengan skrin mikro OLED 0.23-inci dengan teknologi pencahayaan bentuk bebas, mempunyai dwi-kamera 50+8 Megapixel dengan OIS dan zum optikal 5x. Pengguna boleh menggunakan kawalan gestur untuk mengawal antaramuka jam, mempunyai pembantu digital Xiao AI terbina dan untuk kuasa kaca mata ini dijana dengan cip Snapdragon 8 yang mempunyai CPU lapan teras.

Seperti Oppo, kaca mata ini juga dihadkan jualannya untuk pasaran China dan tidak pasti bila ia akan dijual secara lebih meluas.

komen


© Amanz / 2022 Kami