Cari @ Amanz

AirAsia Pocket merupakan dompet digital yang telah diperkenalkan oleh AirAsia tidak lama sebelum ini, dalam memudahkan melakukan pembayaran, pemindahan kewangan, serta membeli pelbagai perkara dibawah ekosistem AirAsia.

Selepas memperkenalkan ia pada bulan Jun lepas, kini AirAsia dilihat telah melakukan sedikit perubahan pada kaedah tambah-nilai pada AirAsia Pocket.

Sejak Ogos 2022 ini, AirAsia Pocket hanya membenarkan tambah-nilai ke dompet digital berkenaan menggunakan kad BigPay sahaja.

Disamping itu, ia juga dilihat AirAsia Pocket telah membuang ciri pemindahan wang ke pengguna lain, dan hanya memfokuskan ciri tambah-nilai dan pembayaran sahaja.

Tidak diketahui mengapakah perkara ini diubah. Perkara ini mungkin membuatkan orang ramai sukar untuk melakukan tambah-nilai, atau ingin guna dompet digital tersebut, melainkan jikalau ingin membeli barnagan atau perkhidmatan dibawah ekosistem AirAsia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd