Cari @ Amanz

Android 13 versi stabil sudah pun dilancarkan untuk pengguna Pixel beberapa hari yang lalu. Untuk peranti lain, Oppo Find X5, OnePlus 10 Pro dan Samsung Galaxy S22 sudah pun memulakan ujian beta.

Android 13

Kini giliran Xiaomi pula memperkenalkan ujian beta untuk pengguna Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Mereka yang mendaftar dalam program beta Mi Pilot akan dapat mengemaskini peranti ke versi MIUI 13.0.4.0.TLCMIXM dan MIUI 13.0.4.0.TLBMIXM yang bersaiz 4.2GB dan 4.3GB.

Kemaskini ini membawakan beberapa ciri Android 13 seperti papan klip yang lebih selamat, ciri sekuriti yang lebih baik, sokongan Bluetooth LE terbina, pilihan kustomasi yang lebih banyak dan juga tampalan sekuriti bulan Ogos 2022.

Versi MIUI 13 ini dikira sebagai beta stabil dan bukannya versi pembangunan. Disebabkan ia masih beta, akan ada banyak pepijat yang tidak boleh dijangka. Jika anda berani cuba boleh daftar Mi Pilot atau pasang melalui TWRP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd