Cari @ Amanz

Google Assistant sudah lama menyokong ciri mengumumkan notifikasi peranti pengguna jika peranti disambungkan pada speaker pintar atau aksesori audio yang sedia menyokongnya. Malah, Google Assistant turut boleh membaca notifikasi tersebut dan tanya pengguna jika ingin balas.

Untuk pengguna iPhone, Siri juga boleh mengumumkan notifikasi. Tetapi sayang sekali ia terhad dengan speaker pintar Apple sahaja iaitu HomePod dan HomePod Mini atau melalui AirPods.

Terkini dengan iOS 16, Siri sudah boleh mengumumkan notifikasi pada mana-mana speaker dan tidak lagi terhad pada HomePod. Ciri ini boleh diaktifkan melalui tetapan kebolehcapaian Announce Notifications on Speaker.

Perlu diingatkan ciri ini turut akan membaca notifikasi yang diterima. Jika anda kerap menerima iMessage atau WhatsApp dengan kandungan yang sensitif atau peribadi, anda tidak digalakkan menggunakan ciri ini kecuali jika anda tinggal bersendirian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd