Cari @ Amanz

Kebiasaannya produk Apple yang kerap ditiru dan pengeluar peranti atau aksesori di China akan hadir dengan produk klon.

Tetapi baru-baru ini bukan Apple yang ditiru, tetapi Nothing. Satu jenama aksesori di China iaitu Wekome telah hadir dengan set fon telinga nirwayar sebenar Wekome V51 yang menyalin rekaan Nothing Ear (1) hampir bulat-bulat.

Wekome V51 ini adalah TWS dengan pemacu audio 13mm dan menyokong sambungan Bluetooth 5.1. Ia hadir dengan sokongan pengecasan USB-C dan ketahanan bateri mencapai 5 jam berterusan atau 15 jam dengan pod pengecasan.

Paling menarik sekali adalah, TWS ini menggunakan rekaan lutsinar ikonik Nothing Ear (1). Wekome menawarkan TWS berwarna putih, dengan pod pengecasan yang boleh nampak dalam dengan plastik bercorak warna putih di dalam serta fon telinga dengan tangkai lutsinar. Tetapi pada tangkai tiada komponen kelihatan, sebaliknya mungkin dilindungi dengan pelekat dengan ayat Enjoy Anytime.

Pada pod pengecasan ini turut boleh kelihatan butang di lokasi sama dengan produk asli. Harga jualan di China adalah RMB99 iaitu sekitar RM65. Tetapi di Malaysia anda boleh beli melalui Shopee pada harga RM99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd