Carian
Pelan Netflix Dengan Iklan Tidak Akan Menyertakan Ciri Muat-Turun Untuk Tonton Luar-Talian
August 18, 2022 Aman

Netflix sedia menyatakan bakal hadir dengan sokongan pengiklanan pada platform mereka, sekaligus menawarkan pelan langganan pada harga lebih murah berbanding yang disediakan hari ini.

Pelan ini dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, tetapi pihak Netflix dilihat telah mula mengintegrasikan kod pembangunan awal pada aplikasi mereka.

Melalui semakan yang dilakukan pada kod, ia didapati Netflix akan menghalang para pengguna daripada memuat-turun sesuatu cerita untuk tontonan luar-talian – berbeza dengan penawaran hari ini.

Dengan ini, sekiranya pengguna ingin memuat-turun untuk tontonan luar-talian atau offline, anda perlu mempunyai langganan berbayar terlebih dahulu.

Walaupun ia mungkin tidak memberikan impak yang besar, namun, ia kini memperlihatkan beberapa ciri-ciri hanya akan ditawarkan kepada pengguna pelan berbayar sahaja. Sebelum ini, ia turut diperkatakan katalog filem dan siri-TV untuk pelan percuma juga akan dihadkan dan tidak menyeluruh seperti pelan berbayar.

Netflix dijangka memperkenalkan ciri sokongan pelan iklan pada awal 2023 kelak.

Komen